Archive for 24/08/2009

DOA MALAIKAT JIBRIL MENJELANG RAMADAN

Posted: 24/08/2009 by Waldan in Dakwah

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan

” Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad , apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut :

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali . Dapatkah kita bayangkan yang berdo’a adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF , jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengaja mahupun yang disengajakan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T… InsyaAllah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

List of Masjid Around the World.

Posted: 24/08/2009 by Waldan in Gallery

Here the list of Masjid around the world. This is beautiful..

Jadikanlah rumah-rumah Allah ini terang dengan adanya jemaah-jemaahnya yang rajin bersolat dimasjid.

1. Hai Ali! Bahawasanya wali-wali taida mendapat keluasan Rahmat Allah dan keredaan Allah dengan sebab hanya banyak ibadat mereka, akan tetapi mereka mendapatkannya dengan sebab kemurahan hati iaitu bersedekah, serta memandang hina dunia.

2. Hai Ali! Orang yang murah hati hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatnya, jauh daripada siksaNya. Adapun orang yang kikir, bakhil, jauh daripada rahmatNya, hampir kepada siksaNya.

3. Hai Ali! Aku lihat tertulis di atas pintu Syurga: “Engkau diharamkan terhadap orang yang kikir, orang yang derhaka kepada ibubapanya, dan orang yang mengadu – adukan orang.

4. Hai Ali! Ketika selesai Allah menjadikan Syurga, maka Syurga itu lantas berkata

“Wahai Tuhan,untuk apakah engkau jadikan aku?

Jawab Allah S.W.T:

“Untuk orang yang murah hati dan bakti”

,
kemudian berkata pula Syurga itu:

“Ya, aku redha!”

dan berkata neraka:

“Wahai Tuhan, untuk apakah engkau jadikan aku?”

Jawab Tuhan:

“Untuk tiap orang yang kikir dan sombong”

Berkata neraka:

“Ya! aku redha untuk keduanya”

FADILAT BERSEDEKAH

Posted: 24/08/2009 by Waldan in Dakwah

1. Hadis daripada Abu Hurairah, katanya: Aku dengar Rasullulah S.A.W. bersabda

“Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir.”

Kata seorang sahabat;

“Ya Rasullulah! bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir?”

Jawab Baginda:

“Bahawa mereka adlah makhluk Allah. Sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman!”

2. Makaikat berseru:

“Hai Tuhanku! segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala bagi orang yang enggan (Bakhil) bersedekah hartanya”

. (Al-Hadis)

3. Sedekah bersembunyi itu memandamkan kemarahan Tuhan dan sedekah berteran-terangan itu pengadang neraka (Al-hadis)

4. Kata Ulamak:

“Sedekah itu 10 kepujian – Lima di dunia dan lima di akhirat”

Lima di dunia
a) mencucikan hartanya
b) mencucikan badannya
c) menolak bala dan penyakit
d) menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal

e) berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya

Lima di akhirat
a) dinaungkan Allah orang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas
b) ringan hisabnya
c) berat timbangannya (amalan) di akhirat
d) midah melalui titi Siratulmustaqim
e) bertambah darjatnya di dalam syurga

5. Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan (Al-hadis)
6. Takutlah neraka walaupun dengan bersedekah sebelah kurma, kiranya taidak berupaya, maka becakaplah dengan perkataan yang baik (menjadi sedekah juga bagimu) (Al-hadis)

7. Bersedekahlah kamu ke atas dirimu dan atas orang yang mati daripada kamu walaupun dengan semangkuk air. Kalau tiada berkemampuan, bacalah satu ayat Kitab Allah, kalau tidak tahu membacanya, maka dirahmati Allah kepada mereka.

8. Jangan menghinakan berbuat kebajikan (sedekah) walau sedikit sekalipun. Bersedekahlah pada awal-awal hari, kerana bala itu tiada melangkah ia akan sedekah. Apabila datang peminta sedekah kepadamu, jangalah ditolak akannya dengan jahat walau sedikitpun. Berbahasalah dengan manis muka, kerana dosamu menyakiti hatinya lebih besar dosanya daripada pahala sedekah mu itu walau sedekahmu itu separuh daripada hartamu. Dan jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta pada mu itu, kerana kadang-kadang datang kepadamu itu bukan manusia, hanya jin hendak melihat betapa kamu lakukan pada barang yang diberi Allah daripada nikmatnya (rezeki) kepadamu. (Al-Hadis)

9. Barang siapa menengking kepada peminta sedekah nescaya ditengking akanya oleh Malaikat pada hari qiamat (Al-Hadis)

10. Maskahwin bidadari itu (sedekah) segengam buah kurma dan sebelah roti) (Al-Hadis)