Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Quraba

Posted: 22/10/2009 by Waldan in Uncategorized

Vodpod videos no longer available.

more about "Quraba", posted with vodpod

Solat Sunat Jumaat

Posted: 16/10/2009 by Waldan in Uncategorized

Solat Sunat Jumaat

Hari Jumaat sebelum mendirikan solat fardhu Jumaat disunatkan solat dua rakaat sebelumnya dan dua rakaat sesudah solat Jumaat. Setelah Azan dirikan solat sunat sebelum solat Jumaat dan setelah solat fardhu dirikan pula solat sunat.

—————————————

Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat
Sebelum solat Jumaat dikerjakan dua rakaat solat sunat iaitu setelah Azan sebelum solat fardhu Jumaat

Lafaz niat :

Usolli Sunnatal Jumaati Rak’ataini Qabliyatan,Lillahi Ta’ala…. Allahu Akbar
“Sahaja aku solat Jumaat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Pada rakaat pertama baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas
Rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Surah An-Nas

——————————————-

Solat Sunat Selepas Solat Jumaat
Selepas solat Jumaat disunatkan solat dua rakaat. Setelah wirid dan doa dirikanlah solat sunat selepas solat Jumaat

Lafaz niat:

Usolli Sunnatal Jumaati Rak’ataini Ba’diyatan Lillahi Ta’ala . Allahu Akbar
“Sahaja aku solat sunat selepas Jumaat dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Rakaat pertama baca Al-Fatihah dan baca surah Al-Ikhlas
Rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Surah An-Nas

Selamat Berpuasa

Posted: 20/09/2009 by Waldan in Uncategorized
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
” Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad , apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut :
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali . Dapatkah kita bayangkan yang berdo’a adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF , jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengaja mahupun yang disengajakan.  Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T… InsyaAllah.
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.

Mimpi seorang gadis – untuk Ibu

Posted: 20/09/2009 by Waldan in Uncategorized
MIMPI SEORANG GADIS
Bismillah hirohman nirrahim

Untuk Renungan Bersama…..Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh
Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya
disorokkan  ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang
menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan
apa  yang kamu sorokkan di tanganmu

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-

“Ya,  Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku
telah  bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan
ini.”

Balas gadis tadi.

“Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.”

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.”

Aku
bermimpi  berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku
meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu
hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.”

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan
kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan
kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas
aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan
ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam
dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya
dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan
sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari
telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat
beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. “

Wahai ayah, ibu sedang
kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu
sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama”

Lalu dijawab oleh ayahnya. “

Sesungguhnya beliau dan semua penghuni
syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada
isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika
di dunia”

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku
lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke
neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur
teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.”
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak
henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis
tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika
sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi
iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata,

“Wahai anakku, pulanglah… .Banyakkan
bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.
Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH”

“Sampai dan sebarkan lah secebis pedoman ini agar tidak mengamal kan sikap kebakhilan terhadapa sesama manusia”
WASSALAM!!

Imam Shafie ditanya tentang 8 perkara

Posted: 20/09/2009 by Waldan in Uncategorized

Imam Shafie ditanya tentang 8 perkataan. Jawab beliau dalam syairnya:

Wajib atas manusia untuk bertaubat

tetapi tinggalkan dosa itu terlebih wajib

Seluruh masa diguna utk bertaubat itu pelik

Lalainya manusia dari bertaubat terlebih pelik

Sabar tunaikan perintah itu payah

Tetapi luputnya pahala itu terlebih payah

Semua perkara yang diharap itu hampir

Dan mati itu sebenarnya terlebih hampir

1. Pemimpin (imam) yang adil.

2. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.
Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.

3. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.

Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.

4. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.

Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

5. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

6. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.
Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku! ! ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu”Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab “Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi quot; Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab: ” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim) Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

7. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah) Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu

Petikan “Inspirasi Hidup Anda”

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya. (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.


Hassan r.a berkata :

Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.

Petikan “Inspirasi Hidup Anda”

Jangan Mengeluh

Posted: 19/09/2009 by Waldan in Uncategorized

“Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Sebelum kita mengeluh & memarahi ibu dan bapa kita yang masih hidup Fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu memerlukan kasih sayang ibu dan bapa

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

*BELAJARLAH BERSYUKUR SEBELUM TERLAMBAT !!!!*

Petikan “Inspirasi Hidup Anda”

KELEBIHAN AL-QURAN

Posted: 25/08/2009 by Waldan in Uncategorized

Bersyukur kepada kehadrat Allah Azza Wajalla kerena dengan taufik dan hidayahnya  serta inayahnya jua, sama-sama lah kita memperbaiki akhlak dari lemah kepada kuat, dari kuat kepada lebih teguh dalam mempertahankan Kitabullah (Al-Quran). Diakhir zaman, manusia sudah lalai dari mengingati Allah, orang yang lebah semakin lemah, orang yang zalim semakin zalim dan orang yang lalai dari mengingati Allah semakin banyak (Nauzubillahiminzalik). Sama-sama lah, saudara dan saudari membantu orang Muslim agar dapat mengingati atau teguran mereka walau dengan apa cara sekali pun asal kan tidak melanggar ajaran Islam.

Insya Allah, dengan pertolongan Allah nanti samalah kita membina kerohanian sesama Islam untuk mempelajari isi dan kelebihan Al-Quran.

Ingat-ingat lah, Al-Quran yang diturun kan oleh Allah Taa’la kepada Nabi Muhammad hanyalah satu dan sekarang MUSUH ISLAM sedang berusaha keras untuk mengubah isi kandungan Al-Quran demi menyesat kan Umat ISLAM didunia yang sementara ini. (Nauzubillahiminzalik)

AMALAN RAHSIA AL-QURAN