Archive for November, 2009

Mengenai Taubat Nasuha

Posted: 11/11/2009 by Waldan in Dakwah

Telah diriwayatkan bahawa Ali bin Abi Talib ra, pernah melihat seseorang setelah selesai dari solatnya kemudian ia berdoa: ” Ya ALLAH aku mohon ampun dan alu bertaubat kepadamu dengan segera”.
Kata Ali: “Wahai Fulan, sesunguhnya bertaubat dengan segera tidak cukup bila diucapkan dengan lisan saja tanpa diikuti dengan penyesalan dalam hati”. Tanya orang itu,

“Wahai Amirul mukmin bagaimanakah cara taubat yang sebenarnya?” Jawab Ali: “Seseorang yang bertaubat dengan segera harus mengerjakan enam perkara”

1. Menyesali maksiat yang telah dilakukannya
2. Membayar segala fardhu yang telah ditinggalkannya
3. Mengembalikaan kepada pemiliknya hak-hak seorang yang telah dirampas
4. Menimbulkan ghairah dalam jiwa untuk taat dan meninggalkan maksiat
5. Memberbanyakkan amalan-amalan taat,
6. Menghias diri dengan berbagai amalan kebajikan dan menangisi segala perbuatan dosa
yang telah dilakukan.

Petikan dari Kitab Misteri Sakaratul Maut

Diriwayatkan bahawasanya Nabi SAW telah bersabda,
“Jika seseorang sedang menghadapi saat kematiannya, maka disisi kanan kirinya akan dihadiri syaitan masing-masing yang disisi kanan dia akan menyerupai ayah simati dan ia berkata”
“Wahai puteraku, aku amat sayang dan amat cintai padamu kerana itu matilah kamu diatas agama Nasrani sebab Nasrani adalah sebaik-baik agama”

Sedang disisi kirinya akan menyerupai ibu simati dan ia berkata:
“Wahai puteraku, aku asuhkan ketika kamu masih kecil, aku anjurkan matilah kamu diatas Yahudi sebab ia adalah sebaik-baiknya agama”

“YA ALLAH JANGANLAH ENGKAU JADIKAN HATI KAMI, CONDONG KEPADA KESESATAN SESUDAH ENGKAU MEMBERI PETUNJUK KEPADA KAMI DAN KURNIAKANLAH KEPADA KAMI RAHMAT DARI SISI ENGKAU, KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PEMBERI”

( Al-Imran, ayat 8 )

Pesanan Nabi sebelum tidur

Posted: 10/11/2009 by Waldan in Hidayah

SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh….

“Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhualloohu ahad’ Alloohushshomad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii ‘alaa syaidinaa Muhammad wa’alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh”
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Pesanan Imam Ghazali (2)

Posted: 01/11/2009 by Waldan in Dakwah

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:

Imam Ghazali

“Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”

Murid 1 menjawab Orang tua
Murid 2 menjawab Guru
Murid 3 menjawab Teman
Murid 4 menjawab Kaum kerabat

Imam Ghazali menjawab

“Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali

“Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 menjawab Negeri Cina
Murid 2 menjawab Bulan
Murid 3 menjawab Matahari
Murid 4 menjawab Bintang-bintang

Iman Ghazali menjawab

“Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali menyoal lagi

“Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 menjawab Gunung
Murid 2 menjawab Matahari
Murid 3 menjawab Bumi

Imam Ghazali menjawab

“Benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

‘IMAM GHAZALI terus menyoal lagi,

“Apa yang paling berat didunia?”

Murid 1 menjawab Baja
Murid 2 menjawab Besi
Murid 3 menjawab Gajah

Imam Ghazali menjawab

“Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali menyoal lagi

“Apa yang paling ringan di dunia ini?”

Murid 1 menjawab Kapas
Murid 2 menjawab Angin
Murid 3 menjawab Debu
‘Murid 4 menjawab Daun-daun

Imam Ghazali

“Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

‘Imam Ghazali menyoal lagi

“Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”

Murid- Murid dengan serentak menjawab

“Pedang”

Imam Ghazali

“Memang benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”

Pesanan Imam Ghazali (1)

Posted: 01/11/2009 by Waldan in Dakwah

Pesan Imam Ghazali :

“Carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur’an, jika kau tidak temui, maka carilah hatimu ketika mengerjakan solat…Seandainya tidak temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, jika tetap gagal menemuinya…berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru”