FADILAT BERSEDEKAH

Posted: 24/08/2009 by Waldan in Dakwah

1. Hadis daripada Abu Hurairah, katanya: Aku dengar Rasullulah S.A.W. bersabda

“Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir.”

Kata seorang sahabat;

“Ya Rasullulah! bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir?”

Jawab Baginda:

“Bahawa mereka adlah makhluk Allah. Sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman!”

2. Makaikat berseru:

“Hai Tuhanku! segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala bagi orang yang enggan (Bakhil) bersedekah hartanya”

. (Al-Hadis)

3. Sedekah bersembunyi itu memandamkan kemarahan Tuhan dan sedekah berteran-terangan itu pengadang neraka (Al-hadis)

4. Kata Ulamak:

“Sedekah itu 10 kepujian – Lima di dunia dan lima di akhirat”

Lima di dunia
a) mencucikan hartanya
b) mencucikan badannya
c) menolak bala dan penyakit
d) menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal

e) berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya

Lima di akhirat
a) dinaungkan Allah orang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas
b) ringan hisabnya
c) berat timbangannya (amalan) di akhirat
d) midah melalui titi Siratulmustaqim
e) bertambah darjatnya di dalam syurga

5. Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan (Al-hadis)
6. Takutlah neraka walaupun dengan bersedekah sebelah kurma, kiranya taidak berupaya, maka becakaplah dengan perkataan yang baik (menjadi sedekah juga bagimu) (Al-hadis)

7. Bersedekahlah kamu ke atas dirimu dan atas orang yang mati daripada kamu walaupun dengan semangkuk air. Kalau tiada berkemampuan, bacalah satu ayat Kitab Allah, kalau tidak tahu membacanya, maka dirahmati Allah kepada mereka.

8. Jangan menghinakan berbuat kebajikan (sedekah) walau sedikit sekalipun. Bersedekahlah pada awal-awal hari, kerana bala itu tiada melangkah ia akan sedekah. Apabila datang peminta sedekah kepadamu, jangalah ditolak akannya dengan jahat walau sedikitpun. Berbahasalah dengan manis muka, kerana dosamu menyakiti hatinya lebih besar dosanya daripada pahala sedekah mu itu walau sedekahmu itu separuh daripada hartamu. Dan jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta pada mu itu, kerana kadang-kadang datang kepadamu itu bukan manusia, hanya jin hendak melihat betapa kamu lakukan pada barang yang diberi Allah daripada nikmatnya (rezeki) kepadamu. (Al-Hadis)

9. Barang siapa menengking kepada peminta sedekah nescaya ditengking akanya oleh Malaikat pada hari qiamat (Al-Hadis)

10. Maskahwin bidadari itu (sedekah) segengam buah kurma dan sebelah roti) (Al-Hadis)

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s