Archive for the ‘Dakwah’ Category

6 Cara Syaitan mengoda anak Adam

Posted: 25/03/2012 by Waldan in Dakwah

 

 

Bismillahirahmannirahim

 

Syaitan merupakan musuh utama manusia dan dia telah mengistiharkan perang habis-habisan untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam, sebagaimana firman Allah S.W.T….

 

 “Iblis menjawab : “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan menghalangi mereka dari jalan Engkau yang lurus… Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (Surah al-A’raf : 16-17)….

 

1 : Syaitan akan berupaya menjerumuskan Anak Adam ke lembah KEKUFURAN atau KESYIRIKAN… Namun bila Anak Adam selamat dari perangkap ini syaitan akan menggunakan cara berikutnya…

 

2 : Syaitan akan berusaha menjatuhkan Anak Adam ke lembah BID’AH sehingga ia mengamalkan bid’ah dan menjadi ahlil bid’ah… Namun bila Anak Adam tidak mampu diperdaya, maka syaitan akan menggunakan cara berikutnya…

 

3 : Syaitan akan menggoda Anak Adam untuk melakukan DOSA-DOSA BESAR dan menganggapnya REMEH… Namun bila Allah menjaganya, maka syaitan akan menggoda dengan cara lain….

 

4 : Syaitan akan menggoda Amak Adam untuk melakukan DOSA-DOSA KECIL dan menganggapnya remeh…..

 

5 : Syaitan akan menyibukkan Anak Adam dengan perkara mubah atau HARUS sehingga mereka lalai dari perkara pokok yang WAJIB… Namun bila Anak Adam selamat dari perangkap ini, maka syaitan akan menggunakan cara yang terakhir…

 

6 : Syaitan akan menyibukkan Anak Adam dengan AMALAN YANG RENDAH NILAI PAHALANYA, sehingga melalaikannya dari AMALAN YANG TINGGI NILAI PAHALANYA … Dan Anak Adam itu merasa yang dia telah MELAKUKAN YANG TERBAIK…. Demikian seterusnya (Lihat Madakhilus Syaithon ‘alas shalihin 9-10)….

 

Bila ada seorang yang selamat dari enam perangkap syaitan tersebut, maka dia termasuk hamba Allah yang IKHLAS, yang tidak dapat digoda oleh syaitan dengan taufiq dan hidayah dari Allah Subhanahu wata’ala…..

4 Amalan yang berguna untuk dipelajari

Posted: 15/09/2011 by Waldan in Dakwah
4 Amalan Di Perbanyakkan

✔ Amar makruf Nahi munkar
✔ Belajar & Mengajar
✔ Ibadah
✔ Khdmat

4 Di Kurangkan

✔ Makan & Minum
✔ Tidur & Rehat
✔ Bercakap (sia-sia)
✔ Berada luar dr rumah Allah/rumah sendiri

4 Ditinggalkan

✔ Meletak pergantungan makhluk dalam hati
✔ Meminta2 dengan lidah
✔ Mengguna barang orang tanpa izin
✔ Membazir

Salah satu warisan berharga pada hari ini yang semakin kurang dipraktikkan dalam keluarga adalah sesi taalim di rumah yang bermaksud perkongsian ilmu antara ahli keluarga yang dulunya menjadi sebahagian daripada budaya kehidupan dalam berkeluarga.

Dalam budaya hidup Melayu dulu, ta’alim di rumah suatu perkara biasa kerana ia bukan saja dapat mempertemukan seluruh ahli keluarga, tetapi juga berlangsungnya sesi berkumpul pada waktu malam bagi membolehkan seluruh ahli keluarga mendalami al-Quran dengan ibu bapa sebagai penunjuk.

Begitulah serba sedikit nukilan dari Berita Harian bertarikh 13 Mei 2010. Baca petikan penuh disini

 

Indahnya Ciptaan Allah

Posted: 22/08/2011 by Waldan in Dakwah

Masha Allah, indahnya ciptaan Allah. Kenanglah dunia hanya sementara, yang kekal adalah akhirat dan syurga lah yang tempat sekekal-kekalnya.

Kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan

Posted: 22/08/2011 by Waldan in Dakwah

Kelebihan malam 10 akhir Ramadan
Sekarang sudah berada 10 hari terakhir Ramadhan, antara kelebihannya adalah;
• Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;

“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

• Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E’zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

• Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

• Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

• Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

• Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

• Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

Bilakah Lailatul Qadar?

Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

• Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.

Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Berapa lama lagi sisa hidup kita?

Posted: 19/08/2011 by Waldan in Dakwah

Berapakah lama kah lagi sisa hidup kita yang semakin cinta kan dunia dan lupa kepada akhirat. Semoga Allah beri kita hidayah dan taufik agar dapat mengingati IA selalu dalam susah dan senang. Sama-sama lah kita memperbaiki dan tegur menegur kerana Allah

Dah solat ke belum?

Posted: 19/08/2011 by Waldan in Dakwah

Digalakkan Banyak Mengingati Mati

Posted: 26/01/2011 by Waldan in Dakwah

Semua kita ada musafir. Matlamat kita adalah satu, bukannya dua, tiga. Apakah dia matlamat itu jika bukan kematian?

Jangan ingat kita hidup ini tidak ada kesudahan. Janganlah menasyaki hidup semata-mata. Jika kita terlampau asyik disini, akan lupalah kita apa di sana. Apakah disana itu jika bukan mati atau kematian?

Rasullulah Shallallahu ;alaihi wasallam dalam banyak hadis Baginda telah mengingati perkara ini: –

Daripada Abu hurairah Radhiallahu ‘anhu, katanya:
“Telah bersabda Rasullulah Shallahhahu ‘alaihi wassalam, “Hendaklah kamu banyak-banyak mengingati pemutus kenikmatan (mati)”

Hadis riwayat at-Tirmidzi, dihasankan oleh an-Nasa’i dan Ibnu Majah

Daripada Umar, katanya: ” Pernah ditanyakan kepada Rasullulah Shallalahu ‘alaihi wasallam”
” Siapakah orang mukmin yang paling cerdik?” Menjawab Baginda: ” Iaitulah, siapa uang paling banyak mengingati mati dan paling baik persiapannya menghadapi masa-masa sesudahnya. Mereka itulah orang-orang yang cerdik”

Hadis riwayat Ibnu Majah

BALASAN SYURGA PADA YANG SABAR

Posted: 20/05/2010 by Waldan in Dakwah

BALASAN SYURGA PADA YANG SABAR
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:

“Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar).

” (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Kesimpulan Hadis:

1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman.

2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.
ORANG MUKMIN YANG DIUJI ALLAH S.W.T.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa.
2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut.
CINTAKAN DUNIA Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”.

Maka salah seorang sahabat bertanya

“Apakah bilangan dari kami sedikit pada hari itu?”

Nabi s.a.w. menjawab,

“Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan”‘.

Seorang sahabat bertanya,

“Apakah wahan itu hai Rasulullah?”

Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab,

“Cinta pada dunia dan takut pada mati.”

H.R. Abu Daud

Hikmah Diam

Posted: 20/04/2010 by abufarhi in Dakwah

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]

Di dalam hadis tersebut memperlihatkan betapa pentingnya kita berdiam diri tatkala di caci-maki orang ataupun bila ada keadaan yang boleh mendatangkan perasaan marah. Ianya seolah-olah mengatakan berkelakuan ‘diam’ adalah salah satu sifat yang malaikat sukai hingga sanggup malaikat turun dari langit untuk mempertahankan orang sedang dicaci. Manakala perasaan ‘membelas dendam’ pula adalah satu sifat yang disukai oleh Syaitan, hingga malaikat pun melarikan diri dari orang tersebut.