Archive for the ‘Taulan dan Iktibar’ Category

Balasan orang yang meninggalkan solat

Posted: 25/03/2012 by Waldan in Taulan dan Iktibar
Tags:

 

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda mengenai balasan orang yang meninggalkan solat, yang bermaksud:

“ SESIAPA yang mengambil mudah akan sembahyang,  Allah akan menghukumnya dengan 15 hukuman, 6 daripadanya di dunia, 3 ketika hendak meninggal dunia, 3 ketika di dalam kubur dan 3 lagi ketika bangkit dari kubur.”….

Adapun hukuman yang ditimpa ketika di dunia ialah:

1) Allah akan menarik keberkatan dari umurnya….

2) Dihilangkan tanda-tanda orang yang soleh daripada wajahnya….

3) Semua amal kebajikannya tidak diberi ganjaran oleh Allah….

4) Allah tidak akan mengangkat doanya ke langit….

5) Allah tidak akan mensucikannya (memuliakannya)….

6) Dia tidak mendapat bahagian daripada doa orang-orang soleh….

Hukuman yang diterimanya ketika hendak meninggal dunia ialah :

1) kematiannya dalam keadaan hina….

2) kematiannya dalam keadaan terlalu lapar….

3) kematiannya dalam keadaan terlalu haus….

Hukuman yang diterimanya semasa dalam kubur:

1) Allah akan menyempitkan kuburnya sehingga berselisih tulang rusuknya…

2) Allah akan menyalakan bara api dan membalik-balikkannya di atas bara tersebut…

3) Allah akan menugaskan 2 malaikat yang ganas… mereka akan memukul orang yangmelalaikan Subuh dari Waktu Subuh hingga ke Zohor, dan dari Zohor hingga ke Asar…. Begitulah dari satu waktu ke satu waktu setiap kali pukulan akanmembenamkannya ke dalam bumi sejauh 70 hasta… Mereka akan memasukkan kukunya ke dalam bumi dan mengeluarkannya semula… Mereka tidak akan berhenti memukul sehingga hari Qiamat…

Adapun balasan yang mereka terima pada hari Qiamat ialah:

1) Allah akan menugaskan 2 malaikat untuk menarik ke atas mukanya ke suatu tempat…

2) Allah akan melihat mereka dengan pandangan kemurkaan / benci sehingga berguguran daging mukanya… Mereka juga akan dihisab dengan teliti dan lama….

3) Mereka akan ditolak di hadapan Allah ke Neraka…

Orang yang meninggalkan solat juga akan mempunyai paras rupa yang hitam di Hari Qiamat kelak… Ini juga adalah balasan dari Allah untuk menghina mereka…Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Orang yang pertama sekali dihitamkan oleh Allah wajahnya di hari Qiamat adalah orang yang meninggalkan sembahyang.”…. Dan lagi sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:

“Di dalam neraka jahanam terdapat sebuah lembah yang dikenali sebagai Lembah Derita… Di dalamnya terdapat beberapa ekor ular…Setiap ekor ular Sebesar tengkuk Unta….Panjangnya sebulan perjalanan…Ia akan mematuk orang yang meninggalkan sembahyang….Racun Patukannya akan memuncak sehingga tubuh yang kena patukan akan merasai bisa selama 70 tahun….Daging-dagingnya akan hancur sehingga meninggalkan tulang-tulang sahaja….Ia akan terus mematuk orang yang meninggalkan sembahyang di lembah tersebut.”…..

Demikianlah azab dan penderitaan yang semestinya mereka terima….Terlalu banyak bentuk azab yang sedang menanti orang yang meninggalkan solat… Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengerjakan ibadat solat dengan tekun dan taat…..dan latihlah anak2 kita mengerjakan solat sejak dari mereka masih kecil….

Advertisements

 

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Manusia itu, semasa hidupnya seringkali terpukau dan terpegun dengan nikmat dunia, seakan di alam khayalan saja mengejar nikmat yang sementara: harta, pangkat, kekayaan dan kalau remaja, hanyut dalam arus hiburan terlampau, pergaulan bebas, dengan cinta sesama remaja… Mereka tidak mahu ambil tahu tentang agama, halal atau haram sama sahaja kepada mereka… APA YANG PENTING IALAH MEREKA MAHU BERSEDAP-SEDAPAN sementara hidup ini…

 

YA, MATA MEREKA MEMANG TERBUKA, membawa erti mereka sedar, tidak lupa, tidak tidur…. tetapi itu hanya mata zahir, sedangkan MATA HATI mereka tetap tertutup rapat…. rupanya M E R E K A  T I D U R….Tidak mampu mentafsir dengan tafsiran yang sebenar-benarnya yang mana haq yang mana batil… yang mana betul yang mana salah….

 

Sesudah dibuai di alam mimpi yang nyata, sesekali terhentak, tersedar seketika, namun kembali ke asal semula dalam sekelip mata saja, mengulang2 sejarah kesilapan yang sama, entah sampai bila mahu begitu…. Kenyataannya begitulah majoritinya sifat manusia sekarang, masih lagi tidur tidak sedar2, hanyut lagi dengan dunia…  Ia berulang2, sehingga satu ketika IZRAIL DATANG BERKUNJUNG TANPA MEMBERITAHU, meregut nyawa mereka dan menghantar mereka ke alam barzakh….

 

Apabila Mungkar dan Nakir datang menghentak tubuhnya hancur lebur, barulah mula menggosok2 mata terjaga dari khayal yang panjang… Baru mula mencari jawapan dari soalan2 yang sudah bocor sekian lama, baru mahu menyedari kenapa diri di palu sebegitu rupa, dan saat itu barulah mahu menangis seenak enaknya mencari tuhan memohon keampunan…. Ya, saat mati barulah ia terjaga dari apa yang telah dikerjakan di alam khayal sebelum ini…

 

KEMUDIAN, APABILA MEREKA DIHUMBAN KE DALAM NERAKA ALLAH, Al Quran menceritakan dalam Surah Al Faathir: ayat 37: “ Mereka berteriak dari dalam neraka “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami, niscaya kami akan mengerjakan amal yang soleh berlainan dengan apa yang telah kami kerjakan (di dunia dulu)..” Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir, bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah azab Kami, dan tidak ada bagi orang2 yang ZALIM seorang penolong pun..”

 

Namun jika di sana nanti saja BARU HENDAK TERJAGA, eloklah persiapkan diri awal2 membina otot2 badan yang kuat bagi menahan pukulan dan hentakan tangan Malaikat yang pastinya sungguh kuat dan tanpa belas kasihan….

 

Kalau anda terasa otot2 anda tidak mampu dibina sekuat itu, LEBIH BAIK anda perlu TERJAGA seawal-awalnya di dunia lagi… Mari kita usaha untuk bangkit dan terjaga di dunia lagi, usah terikut dengan mainan politik syaitan yang menyesatkan, jangan lagi kita terpedaya dan hanya terjaga dikejutkan Mungkar dan Nakir bila mati nanti…. Namun bagi sesiapa yang MERASA DIRINYA kuat, kamu mungkin boleh menahan dan membalas kembali pukulan2 dan hentakan2 Malaikat di alam barzakh nanti, SILAKAN…. TIDURLAH LAGI, anda tak mahu kejutkan….

 

” Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajjal ”

Salinan: Ustaz Ramli

10 Pesanan Imam Syafie

Posted: 28/09/2011 by Waldan in Taulan dan Iktibar

10 PESANAN IMAM SYAFIE Sebelum Imam Shasie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut:

Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara iaitu:”

1. hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

6. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9. Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. Wallahualam…

Nikmat Sakit

Posted: 13/09/2011 by Waldan in Taulan dan Iktibar

Pada suatu hari, Ibnu Masud menziarahi Nabi Muhammad yang mengalami demam panas. Beliau datang dan duduk di sisi Nabi Muhammad.

Tuan, badan tuan panas

, kata Ibnu Masud sambil memegang tangan Nabi Muhammad.

Ya, saya menderita panas ini dua kali ganda lebih panas daripada kepanasan yang dialami oleh orang biasa

, kata Nabi Muhammad sambil menahan sakit. Sebagai Utusan Allah, sememangnya beliau mendapat ujian hidup lebih daripada manusia lainnya demi menguji kekuatannya.

Ya, tuan juga mendapat nikmat pahala dua kali ganda daripada orang biasa pula

sahut Ibnu Masud mula mengerti maksud Nabi Muhammad tadi.

Ya, begitullah

, jawab Nabi Muhammad.

Setiap orang yang sakit ataupun ditimpa kesusahan walaupun sebesar duri, Allah mengugurkan dosa-dosanya kesalahannya seperti gugurnya dedaunan dari pohon.

kata Nabi Muhammad

Daging untuk Ular Buta

Posted: 13/09/2011 by Waldan in Taulan dan Iktibar

Pada suatu hari, seorang cendiakawan terkenal yang bernama Malik bin Dinar sedang menyediakan makanan didapur rumahnya. Entah bagaimana, seekor kucing datang dan mencuri sepotong daging diatas meja. Malik mengekori kucing itu senyap-senyap.

 

Kemana dia hendak membawa daging itu?

bisik hati malik.

Kucing itu terus berlari membawa daging itu dimulutnya. Malik tetap mengekorinya. Dia melihat kucing itu pergi ke suatu tempat.
Disitu terdapat lubang dicelah batu-batu. Kucing itu segera menghampiri lubang itu dan mengeluarkan daging dari mulutnya.

Tiba-tiba malik melihat seekor ular keluar dari lubang itu lalu mengambil daging itu dan memakannya. Kucing itu hanya memerhatikan sahaja. Malik mengamat-amati ular itu dan didapati mata ular itu buta. Rupa-rupanya kucing itu membawa daging untuk ular buta yang lapar didalam lubang.

Hasil kutipan dan koleksi cerita-cerita yang dipilih daripada cerita-cerita terbaik.

Mengapa Allah menguji Hambanya

Posted: 17/08/2011 by Waldan in Taulan dan Iktibar

:::~Kehidupan seharian menyaksikan kita sering kali diuji..Diuji daripada luar dan dalam..atas dan bawah..depan dan belakang..Namun begitu,bilamana kita diuji..Kemana pengaduan kita?Adakah kita suka mengeluh?Adakah acap kali kita menyalahkan Sang Pencipta??

:::~Sedarlah wahai manusia yang hina..Allah menguji kita kerna Allah sayangkan kita..Kerna Allah S.W.T itu penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim..Kerna Allah ingin memasukkan ke dalam syurgaNya..Jom kita baca soalan dan dalil di bawah,agar kita mampu mengerti..

:::~KENAPA AKU DIUJI?~
:::Firman Allah SWT: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta.” (QS Al-Ankabut: 2~3)

:::~KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU INGINKAN?~
Firman Allah SWT: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (QS Al-Baqarah: 216)

:::~KENAPA SANGAT BERAT UJIAN INI?~
Firman Allah SWT: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (QS Al-Baqarah: 286)

:::~AKU RASA KECEWA!~
Firman Allah SWT: “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman.” (QS Al-Imran: 139)

:::~BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?~
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu serta patuhlah kamu kepada Allah supaya, kamu beruntung (mencapai kemenangan).” (QS Al-Imran: 200)

:::~Firman Allah SWT lagi: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk” (QS Al-Baqarah: 45)

:::~APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?~
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (QS At-Taubah: 111)

:::~KEPADA SIAPA AKU MENYANDARKAN HARAPAN?~
Firman Allah SWT: “…Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia memiliki Arasy yang agung.” (QS At-Taubah: 129)

:::~AKU TAK MAMPU BERTAHAN LAGI!!!!!~
Firman Allah SWT: “… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (QS Yusuf: 12)

:::~Jadilah kita hambaNya yang senantiasa tunduk dan patuh pada syariatNya.. Bukan manusia yang angkuh dan takbur di bumi Allah ini..Nauzubillah~ ~Moga-moga kita terus berada di dalam redhaNya..

~Amin ya rabbal alamin…~

Don’t leave your prayers too late

Posted: 14/04/2010 by abufarhi in Taulan dan Iktibar

There were only 15 minutes left before Salat-ul Isha.

He quickly made Wudhu and performed Salat-ul Maghrib. While making Tasbih, he again remembered his grandmother and was embarrassed by how he had prayed.His grandmother prayed with such tranquillity and peace. He began making Dua and went down to make Sajdah and stayed like that  for a while. He had been at work all day and was tired, so tired. He awoke abruptly to the sound of noise and shouting. He was sweating profusely. He looked around. It was very crowded. Every direction he looked in was filled with people. Some stood frozen looking around, some were running left and right and some were on their knees with their heads in their hands just waiting.

Pure fear and apprehension filled him as he realized where he was. His heart was about to burst. It was the Day of Judgment. When he was alive, he had heard many things about the questioning on the Day of Judgment, but that seemed so long ago..

Could this be something his mind made up? No, the wait and the fear were so great that he could not have imagined this.

The interrogation was still going on.He began moving frantically from people to people to ask if his name had been called. No one could answer him. All of a sudden his name was called and the crowd split into two and  made a passageway for him.
Two angels grabbed his arms and led him forward.

He walked with unknowing eyes through the crowd. The angels brought him to the centre and left him there. His head was bent down and his whole life was passing in front of his eyes like a movie. He opened his eyes but saw only another world. The people were all helping others.

He saw his father running from one lecture to the other, spending his wealth in the way of Islam. His mother invited guests to their house and one table was being set while the other was being cleared.

He pleaded his case,

‘I was always on this path..

I helped others.
I spread the word of Allah.
I performed my Salah.
I fasted in the month of Ramadhan.
Whatever Allah ordered us to do, I did.
Whatever he ordered us not to do, I did not.’

He began to cry and think about how much he loved Allah.
He knew that whatever he had done in life would be less than what Allah deserved and his only protector was Allah He was sweating like never before and was shaking all over.

His eyes were fixed on the scale, waiting for the final decision.
At last, the decision was made.

The two angels with sheets of paper in their hands, turned to the crowd.

His legs felt like they were going to collapse.
He closed his eyes as they began

To read the names of those people who were to enter Jahannam.
His name was read first.

He fell on his knees and yelled that this couldn’t be,

‘How could I go to Jahannam?

I served others all my life, I spread the word of Allah to others’.His eyes had become blurry and he was shaking with sweat.

The two angels took him by the arms.As his feet dragged, they went through the crowd and advanced toward the blazing flames of Jahannam.

He was yelling and wondered if there was any person who was going to  help him. He was yelling of all the good deeds he had done, how he had helped his father, his fasts, prayers, the Noble Qur’an that he read, he was asking if none of them would help him.

The Jahannam angels continued to drag him. They had gotten closer to the Hellfire.

He looked back and these were his last pleas. Had not Rasulullah [SAW] said,

‘How clean would a person be who bathes in a river five times a day,  so too does the Salah performed five times cleanse someone of their sins’?

He began yelling,

‘My prayers? My prayers? My prayers.?’

The two angels did not stop, and they came to the edge of the abyss of Jahannam.
The flames of the fire were burning his face. He looked back one last time, but his eyes were dry of hope and he had nothing left in him. One of the angels pushed him in.

He found himself in the air and falling towards the flames. He had just fallen five or six feet when a hand grabbed him by the arm and pulled him back.
He lifted his head and saw an old man with a long white beard. He wiped some dust off himself and asked him,

‘Who are you?’

The old man replied,

‘I am your prayers’.

‘Why are you so late! I was almost in the Fire! You rescued me at the last minute before I fell in’.

The old man smiled and shook his head,

‘You always performed me at the last minute, did you forget?’

At that instant, he blinked and lifted his head from Sajdah.

He was in a sweat.
He listened to the voices coming from outside.
He heard the Adhan for Salat-ul Isha.
He got up quickly and went to perform Wudhu.

Solat

Diriwayatkan bahawasanya Nabi SAW telah bersabda,
“Jika seseorang sedang menghadapi saat kematiannya, maka disisi kanan kirinya akan dihadiri syaitan masing-masing yang disisi kanan dia akan menyerupai ayah simati dan ia berkata”
“Wahai puteraku, aku amat sayang dan amat cintai padamu kerana itu matilah kamu diatas agama Nasrani sebab Nasrani adalah sebaik-baik agama”

Sedang disisi kirinya akan menyerupai ibu simati dan ia berkata:
“Wahai puteraku, aku asuhkan ketika kamu masih kecil, aku anjurkan matilah kamu diatas Yahudi sebab ia adalah sebaik-baiknya agama”

“YA ALLAH JANGANLAH ENGKAU JADIKAN HATI KAMI, CONDONG KEPADA KESESATAN SESUDAH ENGKAU MEMBERI PETUNJUK KEPADA KAMI DAN KURNIAKANLAH KEPADA KAMI RAHMAT DARI SISI ENGKAU, KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PEMBERI”

( Al-Imran, ayat 8 )

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG – HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba – orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.

Wallahualam

Isteri Nusyuz Berdosa Besar!

Posted: 17/10/2009 by Waldan in Taulan dan Iktibar

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Perkahwinan adalah jalinan ikatan yang sah di antara lelaki dan
perempuan untuk menjadi suami isteri. Dengan adanya ikatan
perkahwinan ini, terdapat hak-hak yang perlu dijaga dan
ditunaikan oleh pasangan suami isteri.
Antara hak-hak isteri ke atas suami ialah suami bertanggungjawab
memberi nafkah kepada isteri yang meliputi keperluan seharian
seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Bagi isteri pula, terdapat hak suami ke atasnya yang wajib
dilaksanakan iaitu isteri wajib taat dan melakukan segala perintah
suaminya selagi perintahnya itu tidak bertentangan dengan hukum
syara‘.
Perintah Supaya Isteri Mentaati Suami
Suami merupakan pemimpin dan ketua bagi sebuah keluarga, yang
wajib dipatuhi dan berdosa besar jika isteri mengingkari dan
menyalahi perintahnya itu.
Isteri wajib menunaikan hak suami ke atasnya iaitu wajib taat
kepada suami dan melakukan segala perintah suaminya dengan
syarat perintah tersebut tidak bertentangan dengan hukum syara’.
Perintah untuk mentaati suami sebagai pemimpin keluarga ada
disebut di dalam al-Qur’an, dan juga dalam hadis Rasulullah
Shallallahu ‘alahi wasallam. Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu
meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:

Maksudnya: “Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang
sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang
perempuan sujud kepada suaminya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Dari hadis di atas, dapat difahami bahawa isteri mempunyai
kewajipan dan tanggungjawab yang besar terhadap suaminya iaitu
ketaatan dalam menjalankan hak-hak suaminya sehinggakan kalau
dibenarkan sujud kepada manusia, nescaya kaum isterilah yang
diperintahkan untuk sujud kepada para suaminya. Tetapi dalam
Islam, sujud hanya dibolehkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala
sahaja dan tidak pada yang lainnya.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda mengenai
dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami dan menunaikan
hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya:

Maksudnya: “Apabila seorang perempuan telah mengerjakan
sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan
Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya,
maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga
yang dia kehendaki.”
(Hadis riwayat ath-Thabarani)
Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah bahawa Islam
memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami
yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang
tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan
perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.
Pengertian Nusyuz
Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah
mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan)
ketaatan yang wajib terhadap suaminya.
Antara perkara-perkara yang menunjukkan ketidaktaatan kepada
suami yang dianggap nusyuz itu ialah sebagaimana berikut:

i. Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. Terkecuali
daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadhi
untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak
berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa
atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dan
suami tidak memintakan fatwa untuknya.
Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar menziarahi
kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau
bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka
suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun
dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan
isteri.

ii. Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada
keuzuran yang dibenarkan syara‘ seperti isteri sakit atau
perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami
berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau tha‘un.

iii. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau
ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam
rumah atau bilik.

iv. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat
kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit.

v. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan
keperluannya.

vi. Isteri mendakwa suaminya telah menthalaqnya sedangkan
dakwaan tersebut adalah palsu.
Hukum Nusyuz Dan Kesannya
Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa isteri yang nusyuz
terhadap suaminya hukumnya adalah haram, bahkan dia dilaknat
kerana nusyuznya itu kecuali jika dia bertaubat.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat
tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya),
malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Dengan berbuat nusyuz itu, hak isteri terhadap nafkah dan qasm
iaitu hak giliran bermalam bagi isteri yang mempunyai lebih dari
seorang isteri yang wajib ditunaikan oleh suaminya kepada
isterinya akan gugur.
bersambung

Source from: State Minister’s Office Brunei Darussalam