Archive for September, 2011

10 Pesanan Imam Syafie

Posted: 28/09/2011 by Waldan in Taulan dan Iktibar

10 PESANAN IMAM SYAFIE Sebelum Imam Shasie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut:

Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara iaitu:”

1. hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

6. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9. Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. Wallahualam…

Advertisements

4 Amalan yang berguna untuk dipelajari

Posted: 15/09/2011 by Waldan in Dakwah
4 Amalan Di Perbanyakkan

✔ Amar makruf Nahi munkar
✔ Belajar & Mengajar
✔ Ibadah
✔ Khdmat

4 Di Kurangkan

✔ Makan & Minum
✔ Tidur & Rehat
✔ Bercakap (sia-sia)
✔ Berada luar dr rumah Allah/rumah sendiri

4 Ditinggalkan

✔ Meletak pergantungan makhluk dalam hati
✔ Meminta2 dengan lidah
✔ Mengguna barang orang tanpa izin
✔ Membazir

Nikmat Sakit

Posted: 13/09/2011 by Waldan in Taulan dan Iktibar

Pada suatu hari, Ibnu Masud menziarahi Nabi Muhammad yang mengalami demam panas. Beliau datang dan duduk di sisi Nabi Muhammad.

Tuan, badan tuan panas

, kata Ibnu Masud sambil memegang tangan Nabi Muhammad.

Ya, saya menderita panas ini dua kali ganda lebih panas daripada kepanasan yang dialami oleh orang biasa

, kata Nabi Muhammad sambil menahan sakit. Sebagai Utusan Allah, sememangnya beliau mendapat ujian hidup lebih daripada manusia lainnya demi menguji kekuatannya.

Ya, tuan juga mendapat nikmat pahala dua kali ganda daripada orang biasa pula

sahut Ibnu Masud mula mengerti maksud Nabi Muhammad tadi.

Ya, begitullah

, jawab Nabi Muhammad.

Setiap orang yang sakit ataupun ditimpa kesusahan walaupun sebesar duri, Allah mengugurkan dosa-dosanya kesalahannya seperti gugurnya dedaunan dari pohon.

kata Nabi Muhammad

Daging untuk Ular Buta

Posted: 13/09/2011 by Waldan in Taulan dan Iktibar

Pada suatu hari, seorang cendiakawan terkenal yang bernama Malik bin Dinar sedang menyediakan makanan didapur rumahnya. Entah bagaimana, seekor kucing datang dan mencuri sepotong daging diatas meja. Malik mengekori kucing itu senyap-senyap.

 

Kemana dia hendak membawa daging itu?

bisik hati malik.

Kucing itu terus berlari membawa daging itu dimulutnya. Malik tetap mengekorinya. Dia melihat kucing itu pergi ke suatu tempat.
Disitu terdapat lubang dicelah batu-batu. Kucing itu segera menghampiri lubang itu dan mengeluarkan daging dari mulutnya.

Tiba-tiba malik melihat seekor ular keluar dari lubang itu lalu mengambil daging itu dan memakannya. Kucing itu hanya memerhatikan sahaja. Malik mengamat-amati ular itu dan didapati mata ular itu buta. Rupa-rupanya kucing itu membawa daging untuk ular buta yang lapar didalam lubang.

Hasil kutipan dan koleksi cerita-cerita yang dipilih daripada cerita-cerita terbaik.

Khusyuk

Posted: 13/09/2011 by Waldan in Al-Quran/Hadis

Hukamak berkata: TIGA PERKARA TANDA ZUHUD.

1- Tidak terlalu GEMBIRA apabila mendapat sesuatu dan tidak pula terlalu SEDIH apabila kehilangan sesuatu.

2- Sentiasa memandang SAMA saja kepada orang yang memujinya dan mencelanya.

3- Sentiasa berasa TENANG ketika beribadat dan hati sentiasa terdorong untuk membuat amal taat.

 

Jangan lah mudah untuk mengatakan sesuatu itu sesat. Sila renung kan ceramah ini dengan mengamalkan 3 perkara

Salah satu warisan berharga pada hari ini yang semakin kurang dipraktikkan dalam keluarga adalah sesi taalim di rumah yang bermaksud perkongsian ilmu antara ahli keluarga yang dulunya menjadi sebahagian daripada budaya kehidupan dalam berkeluarga.

Dalam budaya hidup Melayu dulu, ta’alim di rumah suatu perkara biasa kerana ia bukan saja dapat mempertemukan seluruh ahli keluarga, tetapi juga berlangsungnya sesi berkumpul pada waktu malam bagi membolehkan seluruh ahli keluarga mendalami al-Quran dengan ibu bapa sebagai penunjuk.

Begitulah serba sedikit nukilan dari Berita Harian bertarikh 13 Mei 2010. Baca petikan penuh disini

 

Iman orang yang sabar

Posted: 12/09/2011 by Waldan in Al-Quran/Hadis

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasullulah s.a.w bersabda

Sesunguhnya Nabi Ayyub diberi ujian penyakit selama 18 tahun. Sehinga seluruh keluarga sama ada yang dekat mahupun yang jauh menghindarkan diri daripadanya kecuali dua orang lelaki yang masih ada termasuk teman rapatnya”

Allah tidak sayang?
Setiap pagi dan petang kedua-dua kawannya itu mengunjungi Nabi Ayyub. Suaru hari salah seorang antaranya berkata,

Demi Allah, tahukah kamu bahawasanya selama ini Ayyub berbuat dosa yang tidak pernah dilakukan seorang pun?

Kawannya berkata

Dosa apakah yang telah dilakukannya?”

Dia menjawab

“Bukankah sudah 18 tahun dia tidak disayangi Allah sehinga Dia tidak berkenan menyembuhkan penyakitnya juga”

Pada petang hari, kedua-duanya bertemu Nabi Ayyub. Salah seorang antaranya nampak tidak sabar untuk segera memberitahu Ayyub, lantas Ayyub menjawab

Aku tidak faham apa maksud yang diucapkannya, selain bahawasanya Allah mengetahui suatu ketika dua orang lelaki yang sedang berselisih faham betemu, kemudian kedua-duanya menyebut nama Allah.

Lalu aku pulangke rumah dan membayar kafarah (penebus dosa) untuk kedua-dua orang itu kerana aku khuatir mereka telah menyakahgunakan nama Allah dengan jalan yang tidak benar.

Ujian para nabi
Suaru hari Nabi Ayyub keluar untuk sesuatu keperluan, setelah selesai isterinya memegang tangan Nabi Ayyub hingga tiba dirumah. Namun pada suatu hari Nabi Ayyub berjalan agak lambat. Ternyata ketika itu Nabi Ayyub sedang memperoleh wahyu ditempat tersebut iaitu:

Maksudnya:

” Hentakkanlah kakimu; inila air yang sejuk untuk mandi dan minum”

(Surah Shad:42)
Kemudian isterinya menanyakan sebab kelewatannya, ia masih setia menunggu. Ketika Ayyub bertemu isterinya, Allah telah menghilangkan penyakitnya, Kini Ayyub kelihatan lebih segar daripada sebelumnya, Isterinya menyaksikan Ayyub dalam keadaan sedemikian, ia berkata:

Semiga Allah memberkatimu, apakah engkau melihat seorang nabiyullah yang mendapat ujian? Demi Allah aku tidak pernah melihat seorang yang lebih menyerupai dia daripada dirimu, apabila dia dalam keadaan sihat

Kisah dan Pengajaran daripada Al-Quran, Al-Hadis & Hayatus Sahabah