Archive for December, 2011

Sekadar gambar hiasan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

RASULULLAH S.A.W. SERINGKALI mengingatkan ummatnya mengenai sesuatu yang boleh membawa kepada keburukan kepada diri ummat itu sendiri… Umpamanya Baginda memperingatkan umat mengenai BAHAYA KEMISKINAN.. Sabda Baginda s.a.w. : “Hampir2 kemiskinan itu membawa kepada kekufuran..” … Baginda s.a.w. juga mengingatkan mengenai makan dan minum yang berlebihan, atau mengenai cakap yang berlebihan (Sabda Baginda s.a.w.: ” Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, hendaklah ia bercakap yang baik ataupun diam…”)… Satu lagi peringatan Baginda s.a.w. ialah mengenai BAHAYA KEMEWAHAN... Umat boleh mewah, berusaha mencari kemewahan, namun Baginda s.a.w. memberi ingat mengenai bahaya kemewahan…

 

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit… Tatkala Rasulullah s.a.w. melihat kepadanya, Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Makkah)… Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula.. Dan bila diangkatkan satu hidangan, diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”.. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini.. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”.. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”..  (HR. Tirmizi)….

 

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad s.a.w. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan… Pagi petang pakaian silih berganti… Hida

ngan makanan tak putus-putus… Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan… Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan para sahabat Nabi s.a.w. itu…” Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat…” Tetapi Nabi kita Muhammad s.a.w. mengatakan, “Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat….

 

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah s.w.t., sepertimana yang berlaku di hari ini… Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi… Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan… Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah… Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi… Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w., “Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu gunung emas, dia berhasrat untuk mencari gunung yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)”…

 

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehalobaan (tamak) manusia dalam menghimpun harta kekayaan… Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian.. Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan… Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan… OIeh itu janganlah kita lupa dalam mencari harta kekayaan… Sampai ada yang tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta… Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menambah kekayaan

 

Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan… Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai saham untuk hari akhirat kelak… Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya, dan ia menjadikan dunia ini tempat bercucuk-tanam, dan akhirat tempat memetik buahnya…

Salinan : Ustaz Ramli

 

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Manusia itu, semasa hidupnya seringkali terpukau dan terpegun dengan nikmat dunia, seakan di alam khayalan saja mengejar nikmat yang sementara: harta, pangkat, kekayaan dan kalau remaja, hanyut dalam arus hiburan terlampau, pergaulan bebas, dengan cinta sesama remaja… Mereka tidak mahu ambil tahu tentang agama, halal atau haram sama sahaja kepada mereka… APA YANG PENTING IALAH MEREKA MAHU BERSEDAP-SEDAPAN sementara hidup ini…

 

YA, MATA MEREKA MEMANG TERBUKA, membawa erti mereka sedar, tidak lupa, tidak tidur…. tetapi itu hanya mata zahir, sedangkan MATA HATI mereka tetap tertutup rapat…. rupanya M E R E K A  T I D U R….Tidak mampu mentafsir dengan tafsiran yang sebenar-benarnya yang mana haq yang mana batil… yang mana betul yang mana salah….

 

Sesudah dibuai di alam mimpi yang nyata, sesekali terhentak, tersedar seketika, namun kembali ke asal semula dalam sekelip mata saja, mengulang2 sejarah kesilapan yang sama, entah sampai bila mahu begitu…. Kenyataannya begitulah majoritinya sifat manusia sekarang, masih lagi tidur tidak sedar2, hanyut lagi dengan dunia…  Ia berulang2, sehingga satu ketika IZRAIL DATANG BERKUNJUNG TANPA MEMBERITAHU, meregut nyawa mereka dan menghantar mereka ke alam barzakh….

 

Apabila Mungkar dan Nakir datang menghentak tubuhnya hancur lebur, barulah mula menggosok2 mata terjaga dari khayal yang panjang… Baru mula mencari jawapan dari soalan2 yang sudah bocor sekian lama, baru mahu menyedari kenapa diri di palu sebegitu rupa, dan saat itu barulah mahu menangis seenak enaknya mencari tuhan memohon keampunan…. Ya, saat mati barulah ia terjaga dari apa yang telah dikerjakan di alam khayal sebelum ini…

 

KEMUDIAN, APABILA MEREKA DIHUMBAN KE DALAM NERAKA ALLAH, Al Quran menceritakan dalam Surah Al Faathir: ayat 37: “ Mereka berteriak dari dalam neraka “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami, niscaya kami akan mengerjakan amal yang soleh berlainan dengan apa yang telah kami kerjakan (di dunia dulu)..” Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir, bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah azab Kami, dan tidak ada bagi orang2 yang ZALIM seorang penolong pun..”

 

Namun jika di sana nanti saja BARU HENDAK TERJAGA, eloklah persiapkan diri awal2 membina otot2 badan yang kuat bagi menahan pukulan dan hentakan tangan Malaikat yang pastinya sungguh kuat dan tanpa belas kasihan….

 

Kalau anda terasa otot2 anda tidak mampu dibina sekuat itu, LEBIH BAIK anda perlu TERJAGA seawal-awalnya di dunia lagi… Mari kita usaha untuk bangkit dan terjaga di dunia lagi, usah terikut dengan mainan politik syaitan yang menyesatkan, jangan lagi kita terpedaya dan hanya terjaga dikejutkan Mungkar dan Nakir bila mati nanti…. Namun bagi sesiapa yang MERASA DIRINYA kuat, kamu mungkin boleh menahan dan membalas kembali pukulan2 dan hentakan2 Malaikat di alam barzakh nanti, SILAKAN…. TIDURLAH LAGI, anda tak mahu kejutkan….

 

” Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajjal ”

Salinan: Ustaz Ramli