Archive for the ‘Al-Quran/Hadis’ Category

Khusyuk

Posted: 13/09/2011 by Waldan in Al-Quran/Hadis

Hukamak berkata: TIGA PERKARA TANDA ZUHUD.

1- Tidak terlalu GEMBIRA apabila mendapat sesuatu dan tidak pula terlalu SEDIH apabila kehilangan sesuatu.

2- Sentiasa memandang SAMA saja kepada orang yang memujinya dan mencelanya.

3- Sentiasa berasa TENANG ketika beribadat dan hati sentiasa terdorong untuk membuat amal taat.

 

Advertisements

Iman orang yang sabar

Posted: 12/09/2011 by Waldan in Al-Quran/Hadis

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasullulah s.a.w bersabda

Sesunguhnya Nabi Ayyub diberi ujian penyakit selama 18 tahun. Sehinga seluruh keluarga sama ada yang dekat mahupun yang jauh menghindarkan diri daripadanya kecuali dua orang lelaki yang masih ada termasuk teman rapatnya”

Allah tidak sayang?
Setiap pagi dan petang kedua-dua kawannya itu mengunjungi Nabi Ayyub. Suaru hari salah seorang antaranya berkata,

Demi Allah, tahukah kamu bahawasanya selama ini Ayyub berbuat dosa yang tidak pernah dilakukan seorang pun?

Kawannya berkata

Dosa apakah yang telah dilakukannya?”

Dia menjawab

“Bukankah sudah 18 tahun dia tidak disayangi Allah sehinga Dia tidak berkenan menyembuhkan penyakitnya juga”

Pada petang hari, kedua-duanya bertemu Nabi Ayyub. Salah seorang antaranya nampak tidak sabar untuk segera memberitahu Ayyub, lantas Ayyub menjawab

Aku tidak faham apa maksud yang diucapkannya, selain bahawasanya Allah mengetahui suatu ketika dua orang lelaki yang sedang berselisih faham betemu, kemudian kedua-duanya menyebut nama Allah.

Lalu aku pulangke rumah dan membayar kafarah (penebus dosa) untuk kedua-dua orang itu kerana aku khuatir mereka telah menyakahgunakan nama Allah dengan jalan yang tidak benar.

Ujian para nabi
Suaru hari Nabi Ayyub keluar untuk sesuatu keperluan, setelah selesai isterinya memegang tangan Nabi Ayyub hingga tiba dirumah. Namun pada suatu hari Nabi Ayyub berjalan agak lambat. Ternyata ketika itu Nabi Ayyub sedang memperoleh wahyu ditempat tersebut iaitu:

Maksudnya:

” Hentakkanlah kakimu; inila air yang sejuk untuk mandi dan minum”

(Surah Shad:42)
Kemudian isterinya menanyakan sebab kelewatannya, ia masih setia menunggu. Ketika Ayyub bertemu isterinya, Allah telah menghilangkan penyakitnya, Kini Ayyub kelihatan lebih segar daripada sebelumnya, Isterinya menyaksikan Ayyub dalam keadaan sedemikian, ia berkata:

Semiga Allah memberkatimu, apakah engkau melihat seorang nabiyullah yang mendapat ujian? Demi Allah aku tidak pernah melihat seorang yang lebih menyerupai dia daripada dirimu, apabila dia dalam keadaan sihat

Kisah dan Pengajaran daripada Al-Quran, Al-Hadis & Hayatus Sahabah

Surah Al-Fatihah

Posted: 14/04/2010 by Waldan in Al-Quran/Hadis

Kelebihan Surah Al-Fatihah


سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

1. Dibaca 41 kali bersama dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebelum tidur Insya Allah dijaga dari sekelian bahaya kecuali mati
2. Dibaca 41 kali setelah qabliah Subuh (sebelum fardhu subuh) akan dikurniakan oleh Allah:

a) dimudahkan naik pangkat
b) diluaskan rezeki
c) dimudahkan membayar hutang
d) disembuhkan dari penyakit
e) orang yang lemah akan dikuatkan oleh Allah serta digalati, disegani dan dihormati
f) disayangi oleh semua makhluk
g) percakapan didengar orang
h) selamat dari bala bencana

3) Diamalkan 7 kali lepas solat fardhu akan dikurniakan oleh Allah

a) berkat kehidupan
b) dihilangkan kesusahan didunia dan akhirat

4) Diamalkan 20 kali selepas solat fardhu tanpa berkata-kata akan diluaskan rezeki dan dikurniakan rezeki tanpa diduganya
5) Jika dibaca 40 kali di air maka air itu akan menjadi ubat dari segala penyakit kecuali mati
6) Ditulis dan dilebur dengan air dengan izin Allah akan hilang segala kerisauan, kesusahan dan ketidaktenangan hati dan jiwa
7) Jika dibaca 121 kali oleh orang yang diikat/dipasung dengan khusyuk dan penuh keyakinan dan ditiup sebanyak 10 kali pada ikatan itu dengan izin Allah akan terlepas.

8) Jika ditulis kalimah مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ pada keenderaan dan rumah akan terhindar dari perkara yang tidak baik termasuk kecurian

9) Dibaca مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ pada keenderaan dan rumah akan terhindar dari perkara yang tidak baik termasuk kecurian

10) Dibaca مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ pada sebiji batu atau apa sahaja melainkan najis kemudian diletakkan pada keenderaan, Insya Allah kenderaan tersebut tidak akan diganggu, dikacau atau dicuri dengan syarat selepas meletakkan batu tadi pada keenderaan tidak boleh menoleh lagi keenderaan tersebut (kita serahkan sepenuhnya kepada Allah)

Isi Kandungan

Posted: 25/08/2009 by Waldan in Al-Quran/Hadis

basmallah


SURAH AL-FATIHAH

Kelebihan Basmalah

Posted: 25/08/2009 by Waldan in Al-Quran/Hadis

bismillah

Dibaca 21 kali sebelum masuk tidur Insya Allah akan dijaga oleh Allah Taala daripada gangguan makhluk halus, jin, syaitan, pencuri, mati mengejut dan perkara yang tidak diingini berlaku termasuk sihir.

Dibaca 78 kali pada air diwaktu malam (seeloknya malam jum’aat) lalu diberi minum pada orang yang bodoh, lemah ingatan, bebal, diberi minum pada waktu pagi (waktu terbit matahari) Insya Allah akan diterangkan hati oleh Allah Taala

Dibaca 50 kali dihadapan orang yang zalim Insya Allah akan dihinakan orang zalim itu oleh Allah Ta’ala

Ditulis 135 kali lalu diletakkan di depan pintu rumah, Insya Allah rumah itu akan terhindar dari jin dan syaitan.

Ditulis 1010 kali lalu dimasukkan de dalam botol dan ditutup/disumbat agar tidak masuk air ditanam di tempat sawah Insya Allah akan terselamat dari binatang perosak dan penyakit tanaman.