PERINGATAN RASULULLAH S.A.W. MENGENAI BAHAYA KEMEWAHAN…

Posted: 15/12/2011 by Waldan in Hidayah

Sekadar gambar hiasan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

RASULULLAH S.A.W. SERINGKALI mengingatkan ummatnya mengenai sesuatu yang boleh membawa kepada keburukan kepada diri ummat itu sendiri… Umpamanya Baginda memperingatkan umat mengenai BAHAYA KEMISKINAN.. Sabda Baginda s.a.w. : “Hampir2 kemiskinan itu membawa kepada kekufuran..” … Baginda s.a.w. juga mengingatkan mengenai makan dan minum yang berlebihan, atau mengenai cakap yang berlebihan (Sabda Baginda s.a.w.: ” Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, hendaklah ia bercakap yang baik ataupun diam…”)… Satu lagi peringatan Baginda s.a.w. ialah mengenai BAHAYA KEMEWAHAN... Umat boleh mewah, berusaha mencari kemewahan, namun Baginda s.a.w. memberi ingat mengenai bahaya kemewahan…

 

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit… Tatkala Rasulullah s.a.w. melihat kepadanya, Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Makkah)… Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula.. Dan bila diangkatkan satu hidangan, diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”.. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini.. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”.. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”..  (HR. Tirmizi)….

 

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad s.a.w. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan… Pagi petang pakaian silih berganti… Hida

ngan makanan tak putus-putus… Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan… Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan para sahabat Nabi s.a.w. itu…” Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat…” Tetapi Nabi kita Muhammad s.a.w. mengatakan, “Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat….

 

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah s.w.t., sepertimana yang berlaku di hari ini… Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi… Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan… Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah… Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi… Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w., “Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu gunung emas, dia berhasrat untuk mencari gunung yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)”…

 

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehalobaan (tamak) manusia dalam menghimpun harta kekayaan… Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian.. Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan… Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan… OIeh itu janganlah kita lupa dalam mencari harta kekayaan… Sampai ada yang tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta… Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menambah kekayaan

 

Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan… Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai saham untuk hari akhirat kelak… Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya, dan ia menjadikan dunia ini tempat bercucuk-tanam, dan akhirat tempat memetik buahnya…

Salinan : Ustaz Ramli

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s