Iman orang yang sabar

Posted: 12/09/2011 by Waldan in Al-Quran/Hadis

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasullulah s.a.w bersabda

Sesunguhnya Nabi Ayyub diberi ujian penyakit selama 18 tahun. Sehinga seluruh keluarga sama ada yang dekat mahupun yang jauh menghindarkan diri daripadanya kecuali dua orang lelaki yang masih ada termasuk teman rapatnya”

Allah tidak sayang?
Setiap pagi dan petang kedua-dua kawannya itu mengunjungi Nabi Ayyub. Suaru hari salah seorang antaranya berkata,

Demi Allah, tahukah kamu bahawasanya selama ini Ayyub berbuat dosa yang tidak pernah dilakukan seorang pun?

Kawannya berkata

Dosa apakah yang telah dilakukannya?”

Dia menjawab

“Bukankah sudah 18 tahun dia tidak disayangi Allah sehinga Dia tidak berkenan menyembuhkan penyakitnya juga”

Pada petang hari, kedua-duanya bertemu Nabi Ayyub. Salah seorang antaranya nampak tidak sabar untuk segera memberitahu Ayyub, lantas Ayyub menjawab

Aku tidak faham apa maksud yang diucapkannya, selain bahawasanya Allah mengetahui suatu ketika dua orang lelaki yang sedang berselisih faham betemu, kemudian kedua-duanya menyebut nama Allah.

Lalu aku pulangke rumah dan membayar kafarah (penebus dosa) untuk kedua-dua orang itu kerana aku khuatir mereka telah menyakahgunakan nama Allah dengan jalan yang tidak benar.

Ujian para nabi
Suaru hari Nabi Ayyub keluar untuk sesuatu keperluan, setelah selesai isterinya memegang tangan Nabi Ayyub hingga tiba dirumah. Namun pada suatu hari Nabi Ayyub berjalan agak lambat. Ternyata ketika itu Nabi Ayyub sedang memperoleh wahyu ditempat tersebut iaitu:

Maksudnya:

” Hentakkanlah kakimu; inila air yang sejuk untuk mandi dan minum”

(Surah Shad:42)
Kemudian isterinya menanyakan sebab kelewatannya, ia masih setia menunggu. Ketika Ayyub bertemu isterinya, Allah telah menghilangkan penyakitnya, Kini Ayyub kelihatan lebih segar daripada sebelumnya, Isterinya menyaksikan Ayyub dalam keadaan sedemikian, ia berkata:

Semiga Allah memberkatimu, apakah engkau melihat seorang nabiyullah yang mendapat ujian? Demi Allah aku tidak pernah melihat seorang yang lebih menyerupai dia daripada dirimu, apabila dia dalam keadaan sihat

Kisah dan Pengajaran daripada Al-Quran, Al-Hadis & Hayatus Sahabah

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s