Pesanan Imam Ghazali (2)

Posted: 01/11/2009 by Waldan in Dakwah

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:

Imam Ghazali

“Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”

Murid 1 menjawab Orang tua
Murid 2 menjawab Guru
Murid 3 menjawab Teman
Murid 4 menjawab Kaum kerabat

Imam Ghazali menjawab

“Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali

“Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 menjawab Negeri Cina
Murid 2 menjawab Bulan
Murid 3 menjawab Matahari
Murid 4 menjawab Bintang-bintang

Iman Ghazali menjawab

“Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali menyoal lagi

“Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 menjawab Gunung
Murid 2 menjawab Matahari
Murid 3 menjawab Bumi

Imam Ghazali menjawab

“Benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

‘IMAM GHAZALI terus menyoal lagi,

“Apa yang paling berat didunia?”

Murid 1 menjawab Baja
Murid 2 menjawab Besi
Murid 3 menjawab Gajah

Imam Ghazali menjawab

“Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali menyoal lagi

“Apa yang paling ringan di dunia ini?”

Murid 1 menjawab Kapas
Murid 2 menjawab Angin
Murid 3 menjawab Debu
‘Murid 4 menjawab Daun-daun

Imam Ghazali

“Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

‘Imam Ghazali menyoal lagi

“Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”

Murid- Murid dengan serentak menjawab

“Pedang”

Imam Ghazali

“Memang benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s