Isteri Nusyuz Berdosa Besar!

Posted: 17/10/2009 by Waldan in Taulan dan Iktibar

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Perkahwinan adalah jalinan ikatan yang sah di antara lelaki dan
perempuan untuk menjadi suami isteri. Dengan adanya ikatan
perkahwinan ini, terdapat hak-hak yang perlu dijaga dan
ditunaikan oleh pasangan suami isteri.
Antara hak-hak isteri ke atas suami ialah suami bertanggungjawab
memberi nafkah kepada isteri yang meliputi keperluan seharian
seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Bagi isteri pula, terdapat hak suami ke atasnya yang wajib
dilaksanakan iaitu isteri wajib taat dan melakukan segala perintah
suaminya selagi perintahnya itu tidak bertentangan dengan hukum
syara‘.
Perintah Supaya Isteri Mentaati Suami
Suami merupakan pemimpin dan ketua bagi sebuah keluarga, yang
wajib dipatuhi dan berdosa besar jika isteri mengingkari dan
menyalahi perintahnya itu.
Isteri wajib menunaikan hak suami ke atasnya iaitu wajib taat
kepada suami dan melakukan segala perintah suaminya dengan
syarat perintah tersebut tidak bertentangan dengan hukum syara’.
Perintah untuk mentaati suami sebagai pemimpin keluarga ada
disebut di dalam al-Qur’an, dan juga dalam hadis Rasulullah
Shallallahu ‘alahi wasallam. Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu
meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:

Maksudnya: “Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang
sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang
perempuan sujud kepada suaminya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Dari hadis di atas, dapat difahami bahawa isteri mempunyai
kewajipan dan tanggungjawab yang besar terhadap suaminya iaitu
ketaatan dalam menjalankan hak-hak suaminya sehinggakan kalau
dibenarkan sujud kepada manusia, nescaya kaum isterilah yang
diperintahkan untuk sujud kepada para suaminya. Tetapi dalam
Islam, sujud hanya dibolehkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala
sahaja dan tidak pada yang lainnya.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda mengenai
dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami dan menunaikan
hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya:

Maksudnya: “Apabila seorang perempuan telah mengerjakan
sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan
Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya,
maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga
yang dia kehendaki.”
(Hadis riwayat ath-Thabarani)
Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah bahawa Islam
memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami
yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang
tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan
perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.
Pengertian Nusyuz
Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah
mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan)
ketaatan yang wajib terhadap suaminya.
Antara perkara-perkara yang menunjukkan ketidaktaatan kepada
suami yang dianggap nusyuz itu ialah sebagaimana berikut:

i. Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. Terkecuali
daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadhi
untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak
berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa
atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dan
suami tidak memintakan fatwa untuknya.
Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar menziarahi
kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau
bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka
suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun
dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan
isteri.

ii. Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada
keuzuran yang dibenarkan syara‘ seperti isteri sakit atau
perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami
berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau tha‘un.

iii. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau
ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam
rumah atau bilik.

iv. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat
kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit.

v. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan
keperluannya.

vi. Isteri mendakwa suaminya telah menthalaqnya sedangkan
dakwaan tersebut adalah palsu.
Hukum Nusyuz Dan Kesannya
Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa isteri yang nusyuz
terhadap suaminya hukumnya adalah haram, bahkan dia dilaknat
kerana nusyuznya itu kecuali jika dia bertaubat.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat
tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya),
malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Dengan berbuat nusyuz itu, hak isteri terhadap nafkah dan qasm
iaitu hak giliran bermalam bagi isteri yang mempunyai lebih dari
seorang isteri yang wajib ditunaikan oleh suaminya kepada
isterinya akan gugur.
bersambung

Source from: State Minister’s Office Brunei Darussalam

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s