KELEBIHAN BULAN SYAABAN

Posted: 04/08/2009 by Waldan in Dakwah

1. Sabda Nabi S.A.W: Apabila masuk bukan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu (Al-Hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syabaan, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan didalam kubur, dilepaskan daripadanya huru hara Munkar dan Nankir, titutup Allah keaipannya di hari qiamat, dan diwajibkan syurga baginya.

3. Barangsiapa (1) sehari berpuasa pada awal hari Khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga.

4. Berkata Siti Aisyah R.A bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullulah S.A.W ialah bulan Syaaban.
5. Sabda Nabi S.A.W, Syaaban adalah bulanku, dan RAmadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkirarat (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani)

6. Sabda Nabi S.A.W, Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia besolawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yangt telah lalu, diberkatkan rezekinya baginya – antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

7. Sabda Rasullulah S.A.W, dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa Syaaban.

8. Sabda Nabi S.A.W, Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya sepereti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syabaan atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia (Nabi-Nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti Allah atas sekelian makhluknya.

9. Bulan Syaaban – Keagungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban sepertimana keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya, dan keagungannya Ramadhan dengan Lailailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasullulah S.A.W lalu katanya: ” Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tiada menyekutukan (Syirik) dengannya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapanya.

10. Sabda Nabi S.A.W: Allah memilik kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: “Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.”

12. Tersebut dalam kitab Al-Barokah: bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa pada hari Nisfu Syaaban.

13. Tersebut didalam Kitab Iqna” Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat, maka datanglah Jibril kepada Rasullulah S.A.W. kali keduanya, katanya: ” Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada mengsekutukannya sesuatu, angkankan kepadamu” lalu Rasullulah pun mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit.

Pada pintu langit pertama: Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang ruku‘ pada malam ini.
Pada pintu langit kedua: Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.
Pada pintu langit ketiga: Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.
Pada pintu langit yang keempat: Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.
Pada pintu langit yang kelima: Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah S.W.T, pada malam ini.
Pada pintu langit yang keenam: Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.
Pada pintu langit yang ketujuh: Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu.
Pada pintu langit yang kelapan: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya

Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukannya semua pintu ini (diterima doa) – jawab Jibril:
“Sehingga naik fajar subuh” dan katanya lagi: “Pada malam ini dinerdekakan hambannya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab. (Bani Kilab diantara orang-orang Arab yang paling banyak memelihara.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s